Sunday, 9 December 2012

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN


Murid Prasekolah Intan 2012 sungguh gembira kerana dapat menamatkan persekolahannya di kelas prasekolah. Mereka mendapat cenderahati sebuah beg sekolah yang boleh digunakan apabila ke Tahun 1 kelak.

CARA MEMBUAT DOH

 Bahan yang diperlukan:

                     1 kg. tepung gandum biasa
                     3 cawan garam halus
                     4 cawan air
                     1 cawan minyak masak
                     Pewarna makanan / warna Buncho

 Adunkan ke dalam bekas bahan-bahan seperti tepung, minyak masak dan garam, gaul hingga rata.
 Kemudian masukkan air dan uli hingga sebati.
(Minyak masak untuk mengelakkan doh menjadi keras)
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan gaulkan dengan pewarna mengikut jumlah warna yang diperlukan. Uli hingga lembut.Doh yang telah siap boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Selamat bagi kanak-kanak prasekolah sebab tiada bahan tambahan yang merbahaya. Walau bagaimanapun awasi kanak-kanak agar tidak makan don tersebut.

Saturday, 8 December 2012

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

Asallamualaikum.
Pendaftaran dan Taklimat murid 2013 Prasekolah SK Batu 3, Kluang  akan diadakan seperti ketetapan berikut:
       Tarikh  :   31 Disember 2012
       Hari     :   Isnin
       Masa   :   8.30 pagi
      Tempat:   Dewan SK Batu 3
Ibu bapa / penjaga  berkelayakan sahaja yang dikehendaki hadir tepat pada masanya dengan membawa borang maklumat murid yang telah lengkap, 4 keping gambar, salinan sijil kelahiran dan salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga.
Sekian terima kasih.

Thursday, 11 October 2012

Berita terkini Prasekolah SKBT3

Lawatan ke Balai Bomba Kluang pada 18 Oktober 2012. 75 orang murid Prasekolah SKBT , 3 orang guru dan 3 orang PPM yang menyertai lawatan tersebut.